Followers

Monday, March 14, 2011

LadY Gaga jual gelang bantu mangsa di jepun.

WASHINGTON: Penyanyi pop tersohor dunia, Lady Gaga, dilapor melancarkan penjualan gelang yang tertera dengan tulisan 'Doa Untuk Jepun' dalam bahasa Inggeris dan Jepun, dalam usaha menyokong usaha membantu dan menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.
Menerusi laman webnya penyanyi berkenaan merayu peminat membeli gelang terbabit dengan harga AS$5 (RM15.10) atau lebih dan turut menulis doa dalam laman webnya, Kami Berdoa Untuk Jepun.
Beliau berkata semua kutipan hasil jualan gelang itu akan dihantar segera bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun. 



“Ini usaha saya membantu mereka yang memerlukan di Jepun, saya harap usaha murni ini mendapat sokongan peminat,” katanya. 

Penyanyi lagu Born This Way itu mengadakan empat konsert di Jepun April tahun lalu dalam siri penjelajahan konsert Monster Ball. 

Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter Jumaat lalu yang mencetuskan tsunami. Lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh, manakala 10,000 lagi masih hilang. 
Selain Ladu Gaga, bintang pop lain yang turut menyuarakan rasa simpati dan bersedih atas kejadian berkenaan ialah ikon R&B Alicia Keys. Beliau menulis dalam Twitternya beliau bangun dengan kesedihan mendalam walaupun beliau tidak tahu keadaan sebenar mangsa gempa di Jepun.

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
IQBJ9_K6GQlR6nvC7HN3KsF4LJE